Throwback : Iftar Bersama Warner Music. Aryan Dipeluk Maya Karin!!


Pada 9 Jun 2018 yang lalu, si isteri tercinta telah mendapat jemputan berbuka puasa bersama artis-artis Warner Music Malaysia di Restoran Puteri Penchala, Petaling Jaya.


Walaupun agak gusar kerana Aryan pasti akan menjadikan majlis huru-hara kerana si kecil ini akan berjoget, menyanyi pelat dengan kuat dan berlari ke sana sini. Jadi, saya dan isteri cuba untuk memujuk Aryan supaya bersikap baik dan tidak 'birah' ketika majlis.

Ini merupakan kali kedua kami  berbuka puasa di Restoran Puteri Penchala, dan hidangan enak dan lazat terbayang- bayang dalam fikiran.

Setibanya di restoran, Aryan sudah menunjuk belang. Seawalnya mimik dan reaksi ramahnya membuatkan tetamu dan penganjur terhibur dengan telatahnya. Apa tidaknya, dia menegur sesiapa sahaja dengan sapaan ''hai!".

Bersama Aziz Harun
Artis pertama yang ditegurnya ialah Aziz Harun yang popular dengan lagu Senyum.

                                                     Bila Aziz Harun Menyanyikan Lagu Senyum Khas Buat Aryan

Seperti biasa, Aryan agak kurang melayan orang lelaki, kadang-kadang hanya sekadar senyum sahaja. Kecuali perempuan, mulalah Aryan akan bertukar karekter menjadi manja dan pemalu. Ikut perangai siapa la agaknya si kecil ni.

Seperti yang dijangkakan, makanan enak disajikan oleh restoran ini.

Selepas makan dan solat maghrib, muncul kelibat artis Awi Rafael dan Maya Karin. Semakin jelita artis dengan jolokan nama Pontianak ini. Nampak semakin anggun walaupun usia sudah 40-an.

Dan, Aryan. Mula menampilkan aksinya yang sebenar. Menyanyi, berjoget, dan minta didukung oleh Maya! Mujur Maya yang terkenal dengan sikap mesra dan penyayang melayaninya dan paling menarik bila Aryan dipeluk dan dicium Maya Karin! Cemburu ayah! Hehee.


Namun, majlis berjalan dengan meriah dan lancar. Keletah Aryan menjadikan suasana majlis lebih ceria, kelakar dan meriah.
Kami dan Maya Karin





Bersama Awi Rafael


Foto Kenangan 

Sambil menari, Aryan diriba artis baru Warner Music untuk rakaman video lagu Suasana Hari Raya.


Alhamdulillah, majlis berakhir dengan cukup baik dan buat anakku Ariq Aryan Dzakwan bin Yusrizan, ayah rakamkan video ini untuk tatapan kamu sehingga kamu besar nanti. Ingatlah kamu pernah dipeluk dan dicium oleh seorang Primadona atau Pontianak Tercantik Malaysia, Maya Karin.
Hehehee...

Gambar Dari Facebook Warner Music Malaysia

Gambar Dari Instagram Maya Karin

Bergambar Dengan Semua Artis Warner Music

TERIMA KASIH WARNER MUSIC DAN JOOX MALAYSIA




 

Comments

Popular Posts