Makan Makan Raya Mini!

Kelmarin, saya dan isteri buat keputusan untuk mengadakan makan-makan sempena Aidilfitri pada Ahad, 1 Julai 2018, memandangkan minggu hadapan, saya terlibat dengan Kem Kenegaraan UUM di Port Dickson, dan minggu selepas tu, kelas di UUM. Jadi, hanya Ahad sahaja masa yang ada. Menu apa yang ingin dihidangkan? Tunggu..

Makan-makan raya mini kali ini tidak  melibatkan chef yang ramai.. Chewahhhh! Tapi isteri kesayangan menawarkan diri untuk menyediakan juadah untuk jemputan. Bermula pagi Ahad, dapur di rumah sibuk untuk penyediaan juadah. Antara menu-menunya ialah :

Rendang Kerbau Hasil Air Tangan Isteri


Roti Jala & Mee Kari Juga Hasil Air Tangan Isteri

Mee Hoon Goreng Juga Hasil Air Tangan Isteri

Tauhu Bergedel

Pulut Kuning
Pencuci Mulut 



Bermula jam 1 tengah hari, tetamu pertama ialah mak buyong, rakan sekolah dari sekolah rendah dan politeknik, yang hanya menunggu hari untuk melahirkan. Terima kasih Yan, Md Noor dan Qairina. Siap ikut tema tuan rumah lagi. Terbaik la! Cuma ralat sikit sebab tak dapat bagi rasa rendang kerbau yang masih di atas dapur.


Tetamu kedua, Sadreni dan keluarga, rakan sepejabat yang sanggup datang dari Batu Cave. Memang terbaik, kawan-kawan yang hadir dengan keluarga memang sempoi dan ceria. Bak kata Sadreni, yang datang kene ambil gamba, bukti kehadiran.


Seterusnya, kawan baik saya Darren Teo datang dari Sungai Rambai, Melaka. Darren merupakan kawan baik yang tidak pernah terlepas majlis makan-makan yang kami sekeluarga anjurkan sejak dari zaman bujang lagi. Seorang kawan yang menepati masa, bak dalam mesej beliau dalam aplikasi Whatsapp, "Yus, jam1.30 petang saya sampai". Memang tepat jam 1.30 petang beliau terjongol di hadapan pintu. Cuaca di luar yang amat panas dan ditambah dengan keadaan trafik sesak luar jangka membuatkan Darren hadir awal.


Seterusnya, seorang lagi sahabat baik, bagai saudara sendiri, Abu dan keluarga smpai ke rumah kami menambahkan keceriaan majlis mini kami. Kehadiran si manja Aisy Akram, Aisyah Azzahra dan Ailin Irdina menceriakan lagi suasana. Terima kasih sahabat kerana sudi datang walaupun menghadap trafik sesak selama dua jam.


Seterusnya tetamu dari Kinrara, Aizam serta Meor sekeluarga. Kehadiran mereka bertujuh menambahkan lagi riuh dan kemeriahan di rumah kami. Keleteh si kecil yang comel-comel cukup menambah seri suasana. Kami umpan mesin pengurut badan dan kaki dengan kebolehan refleksologi serta urutan kaki yang terbaik sebagai rekreasi selepas penat mengadapi kesesakan jalan raya dengan perjalanan yang jauh.




Seterusnya, kehadiran Ayu dan keluarga, jiran di kawasan kejiranan, bos saya di MARA, En Farhan dan isteri serta keluarga, menutup majlis sehingga masuk waktu maghrib.



Sedang kami mengemas, saya dapat satu lagi mesej dari Noor Fadzilah yang ingin datang ke rumah, alhamdlulillah, rezeki beliau dan keluarga masih ada.



Kehadiran jiran dan anak-anak menjadi penutup majlis kami pada jam 11.00 malam yang menjadikan majlis makan-makan mini agak sempurna.



Alhamdulillah


Comments

Popular Posts