Geng Hatyai Sambut Hari Lahir Aneeq

Geng Hatyai, terdiri daripada, saya sekeluarga, dan rakan sekerja, Azizan & Che Kot sekeluarga.

Apa tidaknya, pantang jika ada yang membuka mulut untuk ke Hatyai, pasti rancangan menjadi.

Bulan Jun & Julai 2018, merupakan bulan yang agak sibuk buat 2 keluarga ini. Kerana rancangan untuk ke Hatyai untuk kali keempat masih belum dapat direalisasi.




Hinggalah pada minggu lepas, Azizan dan Keluarga menjemput kami ke rumah untuk menghadiri rumah terbukanya serta sambutan hari lahir si cilik Aneeq! 

Aneeq, seorang anak yang bijak, dan sentiasa ceria lagi-lagi sepanjang perjalanan kami ketika ke Thailand.

Seorang yang pandai menjaga diri dan adik. Sopan dan cukup comel


Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan sambutan hari lahir dan mengucapkan Selamat Panjang Umur, dimurahkan rezeki, dan semoga menjadi anak yang bijak dan baik serta membanggakan mama dan babah.


Selamat Hari Lahir Aneeq!!





Comments

Popular Posts