Persembahan Blog Kumpulan UUM


Hari ini merupakan pertemuan keempat, iaitu pertemuan terakhir sebelum kami menghadapi peperiksaan akhir semester 2 pada awal Ogos 2018.

Kelas pertama dalam subjek Aplikasi Komputer menyaksikan, setiap kumpulan perlu mempersembahkan blog masing-masing yang diamanahkan sebagai tugasan 3 - membina laman web/blog.


Laman blog kumpulan kami ialah : yusrimau.blogspot.com


Pelbagai animasi telah dibuat melalui blog ini. Walaubagaimanapun, semasa persembahan, blog kumpulan kami hanya boleh ditayang melalui 'mobile view' sahaja dan menghadkan keupayaan maksimum blog kami. 

Kumpulan kami dipertanggungjawabkan untuk membentang laman blog kami pada giliran ketiga. Beberapa komen daripada Puan Marziana diambil maklum untuk menambahbaik blog kami nanti.

Pembentangan dari kumpulan lain
Pembentangan Kumpulan Puan Asma


Semoga tugasan yang dilaksanakan memuaskan hati Puan Marziana dan menyumbangkan ''carry mark" yang bisa buat kami tersenyum.



Comments

Popular Posts