Hobi kami sekeluarga adalah pergi melancong ke dalam dan luar negara bagi menimba pengalaman di pesekitaran yang berbeza.
Hobi ini merupakan satu lanjutan sejak berstatus bujang lagi atas faktor kawan-kawan rapat yang berkongsi minat yang sama.
Antara negara-negara yang telah dilawati ialah, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura, Filipina, Hong Kong, China, Jepun, Australia dan United Kingdom.
 |
Hong Kong |
 |
Universal Studios Singapore |
 |
Bangkok, Thailand |
 |
Vietnam
|
 |
Boracay, Filipina |
 |
Krabi, Thailand |
 |
Menaiki Kereta Api Dari Jakarta Ke Bandung, Indonesia |
 |
Beijing, China |
 |
Tembok Besar China, antara 7 tempat ajaib di dunia
|
 |
Peluang menemui Eminem di London, United Kingdom
|
 |
Big Ben di London |
 |
Korankei, Asuke, Aichi, Jepun |
 |
Chubu, Japan |
Terpampar wajah teruja kami bertiga tatkala tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong yang cukup besar dan Gah. Terdapat lebih 500 pintu lapangan terbang dengan kekerapan serta frekuensi pelepasan dan ketibaan kapal terbang yang sangat tinggi.
Negara maju ini sangat hebat dan menakjubkan. Pembangunan yang pesat dengan bangunan pencakar langit serta kemudahan pengangkutan yang amat pantas menjadikan saya sekeluarga selesa untuk melawati negara ini.
Pengalaman menaiki 'tram' untuk menuju 'The Peak, iaitu antara puncak tertinggi untuk menikmati pemandangan cantik seluruh bandar Hong Kong. Tram yang dinaiki menjunam ke atas dengan radius 90 darjah cukup mengagumkan.
 |
Pemandangan Dari The Peak, Hong Kong |
Setibanya di The Peak, pemandangan indah waktu malam meneruja kami sekeluarga akan kehebatan negara maju ini.
Keesokkan harinya, kami terus menuju ke Disney Resort Hongkong yang bertujuan untuk menikmati keriangan di Disneyland Hong Kong. Memandangkan ini merupakan Disneyland kedua yang pernah kami lawati, Disneyland Hong Kong yang berskala lebih kecil berbanding Disneyland di Tokyo mempunyai tarikan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, sependapat antara saya dan isteri, Disneyland Tokyo masih dikategorikan sebagai lebih hebat kerana keluasan dan tarikan yang lebih banyak berbanding Hong Kong.
 |
Disneyland Hong Kong |
Selain Hong Kong, kami bertiga telah ke Jakarta, Indonesia, dan ke Hatyaai, Thailand yang dikategorikan sebagai lokasi wajib bulanan kami ke sana. Ini kerana, Hatyaai merupakan antara syurga makanan halal serta tempat beli-belah yang paling berbaloi. Ini kerana harga yang murah serta diluar jangkaan menyebabkan kami bertiga kerap ke sana.
Melancong ke negara luar mengembangkan dimensi pemikiran individu untuk lebih berfikiran terbuka, serta menambahkan pengalaman gaya hidup yang berbeza antara negara. Bukan itu sahaja, nilai dan etika yang berbeza-beza memberikan kita gambaran kehidupan yang lebih baik. Seperti di Jepun, gaya hidup masyarakatnya sahat sihat dengan ditambah akan etika yang sangat sopan dan mengkagumkan. Menepati masa serta memberikan servis yang terbaik menjadikan satu pengalaman yang sangat tidak ternilai.
Comments