Setiap tahun, pasti kami sepejabat menunggu detik ini. Sambutan Hari Raya Bahagian Binaan & Selenggaraan MARA. Setiap kali jamuan raya, pasti ada tema nya. Tema pada tahun ini sangat unik dan mengikut sohor kini. #MembawangRaya ... Ya! Tema yang unik dan dan sedikit kedengaran humor.
Perkara pertama yang ditanya-tanya adalah, apakah menu utamanya?
Kambing golek dan nasi arab kambing. Baru dengar menu itu, dah terliur.
Jom kita tengok menu-menu lain yang dihidangkan kali ini.
 |
Satay Ayam & Daging |
 |
Nasi Arab Kambing & Ayam |
 |
Biskut Raya Potluck |
 |
Lemang & Ketupat |
 |
Roti Bawang Putih & Sos Lada Hitam |
 |
Kambing Golek |
 |
Ayam Lada Hitam |
 |
Pencuci Mulut |
 |
Puding Karamel dan Puding Jagung |
 |
Murtabak Raja |
Hingga tak termakan kami apabila melihat semua hidangan ini di depan mata. Sedap-sedap belaka dan itu belum lagi gambar cendol, air sirap selaseh dan macam macam lagi yang tiada dalam gambar.
Jamuan raya yg berlangsung pada Jumaat, 6 Julai 2018 lalu berlangsung dengan cukup meriah lebih-lebih lagi dengan kehadiran rakan-rakan Jurutera MARA dari seluruh Malaysia.
Dan detik kedua yang cukup dinanti pastinya detik bergambar! Momen paling tidak dilepaskan untuk rakaman memori bersama kakitangan BBS lain.
Telatah & Gelagat #MembawangRaya Cukup Meriah
Semoga kemeriahan ini akan terus dikekalkan tahun demi tahun.
Selamat Hari Raya dari kami
Warga BBS MARA!
Comments