Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin

"Dam Dam DUm, Bunyi Mercun!"

Yeay.. Aidilfitri datang lagi! Walaupun kali ni tahun Ketiga Beraya bertiga, ragam, gaya dan pengalaman tetap berbeza.

Tahun ni, giliran beraya di Rumah Ibu dan Ayah di Taman Desa Dahlia, Senawang, Negeri Sembilan.

Horray!!! Hahahah.. dan macam biasa, warna tema Raya kami mestilah sedondon. Warna biru jadi pilihan walaupun, 2 tahun lepas, kami pilih warna biru juga sebagai tema Aidilfitri tahun 2016.
(Maknanya kami memang minat warna biru).

Cuma tahun ni, kondisi ibu agak berbeza. Kerana mulai tahun ini, ibu perlu hadir Hemodialisis setiap 2 hari sekali untuk rawatan dialisis akibat kegagalan buah pinggang ibu sejak dari awal tahun 2018. Jadi, pergerakan ibu agak terbatas dek kerana keadaan kesihatan. Ayah pula macam biasa, penyakit "Parkinson" nya menyebabkan ayah bergantung kepada kerusi roda untuk ke mana-mana. Tapi mood ayah tahun ni lebih ok berbanding tahun lepas, bila ayah setuju untuk beraya ke kampung di Muar, Johor!


3 Beranak Serba Biru #TeamRayaBiru #TeamRayaJohor walaupun Aryan tak ada mood nak bergambar


Samping lebih dari paras lutut bermakna si pemakai adalah laki orang! haha


Konvoi 2 kereta ke Muar dari Senawang. *Gambar Diambil menggunakan Yi Dashcam English First Edition dari Xiaomi
Jadi, lepas solat Aidilfitri, kami bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Sejurus selesai bermaaf-maafan, kami terus bersiap dan terus bertolak ke Jalan Bakri, Muar, Johor. Alhamdulillah, perjalanan lancar, trafik agak banyak tapi tidak sesak.
Setibanya di Muar, seperti biasa, rumah ibu saudara di Taman Pertama Indah menjadi destinasi pertama beraya. Tapi satu lagi berita sedih, Cik Sal, adik ibu rupanya sakit, ditahan di Hospital Pakar Muar kerana nanah dalam buah pinggang. Walaubagaimanapun, Cik Sal dibenarkan keluiar wad pada Hari Raya Pertama tetapi perlu terus menjalani rawatan setiap hari di hospital. Raya agak suram bila keluarga sepupu hanya menyambutnya secara ala kadar sahaja. Maka tiadalah Rempeyek sedap nan garing, kuah lodeh cendawan air tangan Cik Sal. Walauapapun, kami berkongsi juadah yang dimasak dari Seremban dan dimakan bersama-sama di rumah Cik Sal.

Perjalanan beraya diteruskan dengan menziarahi rumah saudara di sekitar Muar. Meriah sungguh sambutan Aidilfitri di kampung berbanding di Senawang. Marhaban dari rumah ke rumah, ada lemang dan dodol. Dimasak sendiri oleh saudara-mara dengan kerjasama dari semua ahli keluarga.
Sehinggakan pabila pertama kali kami menjumpai pokok durian di halaman rumah Tok Cik serta pokok buah manggis yang boleh digapai tanpa memanjatnya.

Aryan, si kecil saya berdua teruja dengan pokok manggis dan durian yang sedang berbuah. Terasa nikmatnya berada di kampung dengan pemandangan yang cukup indah.

Aryan teruja melihat buah manggis yang berbuah ranum sambil ditemani sepupunya, Aiman

Aryan Teruja sekali lagi!

Pertama kali melihat buah manggis di pokok. Memang teruja!
Edisi Raya di Muar diteruskan ke rumah paling meriah, iaitu di rumah Tok Long Rahman. Uniknya beraya di sini apabila hanya rumah tok long sahaja yang kekal sebagai sebuah tradisional berbanding rumah dipersekirannya yang sudah dikomersialkan menjadi taman perumahan.

Lokasi rumah tok long yang berada betul-betul di tepi Jalan Bakri, Muar menjadikan tarikan kepada pengguna jalan raya yanmg melalui jalan tersebut untuk ke Batu Pahat.

Aryan menangis tak mahu balik sebab suka dengan suasana kampung rumah Tok Long

Lanskap rumah Tok Long yang kemas dan cantik.

Wakaf yang kemas, cantik dan tidak melupakan nilai tradisional klasik melayu

Aryan seronok bermain di kawasan rumah Tok Long lagi-lagi apabila ramai kawan-kawan sebaya

Maaf, tak dapat tunjukkan rumah Tok Long dengan baik, jurukamera tidak profesional oleh adik Aiman menjadi bidang terjun untuk gambar keluarga kami.. apa-apa pun, terima kasih Aiman!

Jalan-jalan raya kami selesai tepat jam 11.00 malam, dan kami terus pulang ke Senawang dikala semua ahli keluarga telah penat dan kenyang serta puas menikmati pelbagai juadah di Muar, Johor.

In Sha Allah, kami akan ke Muar lagi nanti kerana masih banyak rumah saudara-mara ayah dan ibu yang masih belum kami ziarahi.

Untuk membangkitkan mood hari raya, terimalah sebuah lagu raya dari Jamal Abdillah dendangan saya, bertajuk Salam Aidilfitri.




Terima kasih.

Comments

Popular Posts