Koleksi Iklan Hari Raya Terbaik Tahun 2018


Sempena Hari Raya Aidilfitri, antara perkara yang menjadi tarikan para netizen ialah menantikan iklan hari raya. Tidak kurang bagi Hari Raya tahun ini, pelbagai syarikat-syarikat besar tempatan dan antarabangsa cuba menghasilkan iklan yang cukup unik, dengan kepelbagaian tema seperti sedih yang menusuk kalbu, humor, muzikal dan tidak kurang dalam bentuk drama. Tahun ini merupakan tahun yang paling banyak iklan hari raya terutamanya yang berkualiti serta dengan idea penampilan yang sangat kreatif.



Melihatkan sahaja iklan TouchNGo ini. Idea menggunakan konsep atas jenamanya sendiri dijadikan modal jalan cerita dengan suntikan humor yang cukup menarik. Merupakan antara iklan yang mendapat perhatian dan diberi pujian.


Iklan Raya UDA Holding yang menampilkan selebriti Que Haidar juga cukup menyayat hati dengan konsep drama.






Iklan Raya dari syarikat telekung ini juga amat memilukan dengan mainan emosi yang amat dekat dengan hati masyarakat Malaysia.



Iklan Raya humor dari Astro Ceria tidak pernah menghampakan









Walaubagaimanapun, iklan raya yang amat dinanti-nantikan setiap tahun adalah daripada syarikat peneraju ekonomi Malaysia, PETRONAS yang tidak pernah menghampakan penonton dengan iklan raya yang amat menyentuh hati dan perasaan. Walaubagaimanapun, selepas pemergian Almarhum Yasmin Hani, corak penceritaan iklan Raya Petronas tidak mencapai ekspektasi seperti yang sebelumnya. Walaubagaimanapun, iklan Raya Petronas tahun ini tidak mengecewakan serta menghiburkan walaupun bukanlah yang terbaik untuk tahun ini.



Syarikat gergasi aplikasi beli-belas atas talian, LAZADA tampil dengan iklan raya pertamanya secara komersial. Amat mengejutkan, iklan raya yang mengetengahkan bakat daripada golongan emas ini sangat menghiburkan serta sarat dengan mesej -mesej yang tersirat. Emosi penonton bercampur-baur serta diakhiri dengan kegembiraan yang menjadi simbolik akan dengan beli-belah secara atas talian, segalanya lebih mudah dan cepat. Syabas LAZADA!



Iklan Raya Malaysia Airlines juga tidak menghampakan.








Iklan Raya Astro Ceria - Sabry Yunus juga amat  mencuit hati dengan  paparan kisah susah senang menyambut hari raya sewaktu zaman kanak-kanak di Kelantan.


dan iklan raya terbaik pilihan saya untuk tahun ini ialah :



Semestinya, penampilan iklan Raya Tenaga Nasional Berhad amat ditunggu-tunggu selepas kejayaan iklan raya 2017 yang sangat-sangat hebat. Sehingga mendapat pujian menggunung daripada semua penonton. Teknik persembahan yang di luar kotak menyaksikan iklan raya TNB tahun baru dikontaminasi ke Iklan Raya 2018 dengan tajuk Rumah Epik Fantastik. Persembahan komikal dengan suasana kampung sebenar di hari raya amat menarik dan wajar dinobatkan sebagai iklan Raya Terbaik 2018 bagi saya.

Anda pula bagaimana?

Jom kita kongsi iklan raya terbaik pilihan anda.





Selamat Hari Raya Aidilfitri

Comments

Popular Posts