Bila Radio Era Datang Beraya!



Pada Sabtu yang lalu, selepas selesai sahaja kelas Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan di UUM KL, Kelana Jaya dan selesai menjalani Peperiksaan Pertengahan Semester, saya terus pulang ke rumah ibu mertua di Ampang kerana satu kejutan akan berlaku di sana.

Wajah kegirangan, bukan sahaja dapat duit raya, malah dapat barangan dari Sunsilk.

Penyampai radio, Radin dari ERA fm dijadualkan akan datang beraya di rumah terbuka kami. Bukan itu sahaja, saya sekeluarga juga akan menerima duit raya serta barangan daripada Sunsilk.

Bagaimana kejutan ini boleh berlaku? 

Saya ceritakan dahulu bagaimana perkara ini boleh terjadi.

Sewaktu Raya Keempat, selepas penat kami sekeluarga menjelajah Raya dari selatan ke utara dan pulang semula ke Ampang, saya terdengar akan iklan dari Radio Era.je yang menyatakan peraduan akan Program Bergaya Raya Era Bersama Sunsilk. Pendengar hanya perlu memasukkan butiran dalam borang peraduan secara atas talian di laman web ERA dan membina satu slogan kreatif.

Hasil kerja saya dan isteri, kami menghantar penyertaan pada jam 10.00 pagi.

Alangkah terkejutnya kami apabila menerima panggilan telefon daripada radio ERA selang 30 minit selepas borang atas talian dihantar.

Kami pada waktu berkenaan tergamam kerana maklumbalas daripada penganjur amat pantas. Pada masa yang sama, kami bersetuju untuk membuat jemputan rumah terbuka pada hari Sabtu, 23 Jun 2018 jam 2.00 petang.







Instagram Era FM - Gambar Ehsan

Antara kawan-kawan yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka kami di Ampang


Kawan Baik Saya - Darren Teo. Terima kasih kerana sudi datang


Inilah video yang dirakan dan dimuatnaik di laman instagram Era.je

Kami suami isteri sempat mengambil foto kenangan bersama Penyampai Radio Popular BH 2017, Radin


Meriah


TERIMA KASIH ERA, TERIMA KASIH SUNSILK

Comments

Unknown said…
Wuuu untung lah. https://pjjuumbersepadu.blogspot.com/

Popular Posts