Selepas 10 Tahun.... Kembali Sebagai Seorang Pelajar


28 Oktober 2017.. Satu tarikh yang mengubah kehidupanku... Kenapa? UUM? Ya! Selepas 10 tahun, aku kembali ke arena pendidikan sebagai Pelajar! Ya..satu keputusan yang agak tidak disangkakan kerana kali ini status sebagai pelajar yang sudah bekerja lebih 13 tahun, bukan lagi bujang ;) dan beranak satu.
Memandangkan kehidupan dan rutin harianku berubah, gaya hidup dan pertuturanku juga berubah. 

Demi satu anjakan paradigma untuk ke platform yang lebih tinggi, Saya, Yusrizan bin Mohamed, No Matrik : 257776, seorang penuntut Universiti Utara Malaysia dalam pengajian Jarak Jauh (UUM Pace) bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian akan terus komited untuk memberikan terbaik dalam pelajaran, kerjaya dan keluarga.



Video Korporat UUM


Untuk merealisasikan Tugasan penulisan blog, saya berkongsi pengalaman dan teknik penulisan bersama 2 orang lagi pelajar iaitu :


Asmahanif Bin Jaffree (257286)

Merupakan seorang yang berperwatakan humor dan berasal dari Sabah.
Merupakan seorang anggota polis dan tinggal di Cheras.







Mohamad Fooad bin Hassan (257491)

Seorang yang berpenampilan dengan rambut panjang, tinggal di Ulu Klang, telah berkahwin mempunyai karektor yang positif, peramah dan mudah membantu.




Selain itu, video di bawah merupakan salah satu tugasan yang kami laksanakan bersama, bagi subjek Hubungan Etnik yang melibatkan temubual bersama individu berautoriti bagi isu Sekolah Jenis Kebangsaan.


Semoga pembaca blog ini terhibur dengan penulisan yang dibuat. Sebarang komen dan penambahbaikan bolehlah dibuat dalam ruangan komen.

Terima kasih.

Comments

Popular Posts